Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 28, 2013

1 MARCH 2013

Hai !
ye ye aku tau mesti nak ckp " dah boleh delete dah kot blog ni"
Sorry leeer uollsss. Lama tak update.  Tak tau nk update apa.
Pelik jugak aku tgk org lain yg hari2 update. Kemain banyak masa. Kemain banyak cerita. Smpai aku berpeluhh pikir idea mengalahkan nk jawab SPM.


And TADAAAAAAAAAAAAAA baru hari ni ada idea -__-'
(ni kalau exam ni agaknya result dh keluar baru ada idea nk jawab soalan )

Nak cite ni. tada la hangat mana tp hangat la jugak tp tak sehangat mana lah yg penting tak hangat2 taik ayam. k

Korang pun tak kan, aku dh hbs DIPLOMA FEB 2012 (if tak tau skrg dh tau kan)
Sementara nk tggu smbg Degree aku keje lah dulu. Pastu UPU buka permohonan, aku apply. Semangat ni apply. Tp tak dpt. Satu U pun tak sangkut hmmm. Pastu buat rayuan. Again tak dapat. Aku rasa dah lebih 3/4 aku mohon U ni. Yaaaaangggg dapat ! Jgn smpai aku U-TURN balik pg kolej aku yg dulu dh.

Tapi, orang ckp... tu semua bergantung pada nasib atau rezeki.
and...............and....................and

and....................

and....................

and........................................

and...............................

and......................................dy Flop poppy ? NO

and Alhamdulillahhhhhhh setelah sekian lama akhirnya aku diterima masuk U. UITM SHAH ALAM. weee :)

Terima Kasih kepada yg mendoakan aku selama ni ;')

and......and................and.............

and.....................

and.........................

and...............................dy estrange ? NO

and esok, 1 MARCH hari pendaftaran. hahaha.

nmpk bertapa lembab dan siputnya hikhokhikhoknyaaaa aku nk update bg tau hal ni. Pdahal dh sebulan result kemasukan i dh keluar.

okaylah, tu je nk share. penat ni packing barang. amboi
Thanks youuuuuuuu sbb tak unfollow aku lgi. lol

Goodnight uollsss.
Till next toiimmeee.
Leeya, xx

Saturday, September 15, 2012

Result rayuan UPU & MUET

For the past few weeks, a lot of things happened ! n mostly bnda2 yg buat aku stress n mmg aku stress. Stress yg melampau. Bayangkan eh, aku dok kuaters, sapa duduk rumah kerajaan tau laa mostly rumah tu dorg mmg dah sediakan almari. Almari kayu kat dinding tu. Dah nama pun kayu kan, mestilah color kayu (brown). Stress punya pasal, aku sanggup eh cat almari tu jd color putih -__-' AKU CAT SENDIRI. Sila percaya. hmm

Dr color brown aku cat jd putihhh. weheee. Baru lah nmpk ceria sikit.padahal dah 12 tahun an dok dlm bilik ni baru this year nak cat ? haaa dr situ dah boleh nmpk tahap ke-stress-an aku mcm mana.

Disebabkab stress jugak, a week after raya, aku pg JOHOR dgn anis and dania. Naik train u olllllsss. 6 jam petak dlm train. haha. Trip johor ni nenanti la okay aku cita eh. Saje je open cita, tp mls cita smpai habis. hahaha bengang tak ? tak ? k.

Sebenarnya aku just nk bg tau esok ( 15 sep 2012 ) result rayuan UPU keluar. So skrg aku mcm cacing kepanasan. Nak tdo tak boleh, nak cek result kul 12 tgh hari baru boleh cek. So skrg aku nak buat apa ??? sbb tu aku merepek kat sini. Cuak tau tak. Walaupun sbnarnya aku mcm dah tawar hati. Asyik tak dpt je kan. Tp tape, aku percaya semua org Allah dah tentukan rezeki memasing. So kalau tak dpt, maknanya aku dah tetapkan rezeki aku kat tempat lain. So aku tawakkal je :)

Khamis next week pulak, result MUET keluarrrrrrrr. Ni aku double cuak. Sbb aku spoil dkt speaking padahal tajuk senang !! geram gilaaa. Masa exam reading, boleh plak perut memulas. Memacam hal. dah aku jawab tak sng duduk. One thing yg susah bila tgh MUET ni, kau TAK BOLEH KELUAR DR TEMPAT EXAM SELAGI EXAM TAK HABIS. kalau Exam 1 jam setengah, ha masak lah kau duduk dlm tu smpai habis, Hmmm

So aku harap, esok ada berita gembira untuk aku,. Insyaallah. Kalau tak dpt, tapelahh redha je. Tp aku harap MUET tak kecewakan aku. Kalau tak, aku stress n kali ni aku trus nak g Langkawi !! LOL

korg doakan yg terbaik untuk aku okay ? :') nak smbung degree cecepat. Tak nak buang masa kat rumah dah. Kawan yg lain semua dah smbung. iJELES iSTRESS iNAKSAMBUNGDEGREEJUGAK & i nak iPhone (ttba)

Okay la, dah pukul 1.18AM
nk buat puzzle smpai ttdo. esok bangun kul 11.59 trusssss cek result. ewah kau !
Goodnight guys ! Sleep well.


khas untuk korg yg rindu aku. *muntaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!*

k bai !!



Monday, August 13, 2012

Sakit

Aku ni mmg bangsa yg susah nk demam. Last aku demam masa form 4 tak salah. skrg aku umur 21 tahun. Cer kira bape tahun da aku tak demam ? tp batuk/ flu mmg ada jugak la kena. Org slalu ckp kan, org susah nk demam ni, sekali dia dmm haaaaaaa amek ! sikit lagi nak nazak. mcm aku la .

Last week (sabtu) aku start dah skt2 bdn bagai, skt prut la itu la ini la semua nak skt. Kalau aku ni meja, boleh diibarakan screw2 dah nak tercabut, so meja dah start bergoyang tinggal nak tggu roboh trus je. Mcm tu la skt aku, nak jalan pun tak larat. Over kan perumpaan aku ?

So mula aku relax lagi, sbb aku ingat ni gejala2 nak red flag. you know red flag ? you donno ? how about japan flag ? donno oso ? thn u r still under age. lol.. okay smbg cita, tp mmg betul aku kena pun mlm tu. Lebih truk tgh malam tu jugak badan start panas. ya allah, mcm kena tanggung dua skt dlm satu masa. Menangis2 aku.

Tp boleh dikatakan ni demam kali kedua yg terburuk penah aku kena. first masa aku form 4 tu, 2 mggu eh aku terlantar atas katil. Tu mmg teruk sgt dah tu, kepala pening smpai tak bleh bangun, nak2 pulak dpt kat aku yg bangsa tak reti telan ubat haaa lagi lah truk, Ni yg baru2 ni 6 hari demam. Hilang selera makan, tak larat nak bangun, kepala pening. baring jelaaaaaaaaa mampu. hm

Tp setiap kali aku sakit teruk mcm ni, aku mesti rasa. Ni amaran dr Allah. Allah nk ingatkan aku sumtin. Allah nak aku sedar balik. Allah nak aku bersyukur masa aku sihat. Korg pernah rasa tak ? ke aku je emosi ? Sepanjang sakit ni, aku asyik nangis je, terpikir mcm mana kalau nikmat yg aku ada skrg ni Allah tarik serta merta. Mampu ke aku ? Mcm mana ttba Allah uji dgn penyakit yg tada ubatnya, bersediakah aku ? Lebih takut, kalau Allah ambil nyawa aku... mcm mana dgn amalan aku ? dosa2 aku selama ni ? amalam aku diterima oleh Allah ke tak selama ni. Keampunan terhadap dosa2 aku selama ni Allah dah ampun kan ke belum ?

*menangis*

takut kan ?

Alhamdulillah. Kesihatan aku pulih mcm biasa. Badan aku dah kuat balik. Alhamdulillah :') Aku harap aku bersyukur dgn apa aku ada, kesihatan, rezeki, ibu bapa, kawan2. Aku harap aku tak khilaf , aku harap  aku tak kejar duniawi semata2 smpai lupa tujuan hidup sebenar, aku harap aku sentiasa ingat Allah dan takkan lupa walau sesaat, aku harap aku sentiasa dikelilingi oleh org yg akan sentiasa ingatkan aku tentang Allah ;'(

Insyaallah , Amin.

Aku harap korg pun mcm tu eh :)

Ha sapa ada masalah  susah nk tdo malam ? Mcm aku setiap hari mesti kul 2/3pg baruuu boleh tdo. Kadang2 lepas subuh baru boleh tdo. Parah kan ? rasa nak lempang dri sndri. Meh aku nak share doa .

Doa rawatan Imsonia

" Ya Allah, telah malap cahaya bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri, wahai yang Maha Hidup, wahai yang Maha berdiri sendiri, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."

Insyaallah, kita sama sama amalkan :)
Dah baca doa cepat, pastu g tdo. goodnight. sweetdreams
Thank you fr reading , xx