Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 28, 2013

1 MARCH 2013

Hai !
ye ye aku tau mesti nak ckp " dah boleh delete dah kot blog ni"
Sorry leeer uollsss. Lama tak update.  Tak tau nk update apa.
Pelik jugak aku tgk org lain yg hari2 update. Kemain banyak masa. Kemain banyak cerita. Smpai aku berpeluhh pikir idea mengalahkan nk jawab SPM.


And TADAAAAAAAAAAAAAA baru hari ni ada idea -__-'
(ni kalau exam ni agaknya result dh keluar baru ada idea nk jawab soalan )

Nak cite ni. tada la hangat mana tp hangat la jugak tp tak sehangat mana lah yg penting tak hangat2 taik ayam. k

Korang pun tak kan, aku dh hbs DIPLOMA FEB 2012 (if tak tau skrg dh tau kan)
Sementara nk tggu smbg Degree aku keje lah dulu. Pastu UPU buka permohonan, aku apply. Semangat ni apply. Tp tak dpt. Satu U pun tak sangkut hmmm. Pastu buat rayuan. Again tak dapat. Aku rasa dah lebih 3/4 aku mohon U ni. Yaaaaangggg dapat ! Jgn smpai aku U-TURN balik pg kolej aku yg dulu dh.

Tapi, orang ckp... tu semua bergantung pada nasib atau rezeki.
and...............and....................and

and....................

and....................

and........................................

and...............................

and......................................dy Flop poppy ? NO

and Alhamdulillahhhhhhh setelah sekian lama akhirnya aku diterima masuk U. UITM SHAH ALAM. weee :)

Terima Kasih kepada yg mendoakan aku selama ni ;')

and......and................and.............

and.....................

and.........................

and...............................dy estrange ? NO

and esok, 1 MARCH hari pendaftaran. hahaha.

nmpk bertapa lembab dan siputnya hikhokhikhoknyaaaa aku nk update bg tau hal ni. Pdahal dh sebulan result kemasukan i dh keluar.

okaylah, tu je nk share. penat ni packing barang. amboi
Thanks youuuuuuuu sbb tak unfollow aku lgi. lol

Goodnight uollsss.
Till next toiimmeee.
Leeya, xx

Saturday, September 15, 2012

Result rayuan UPU & MUET

For the past few weeks, a lot of things happened ! n mostly bnda2 yg buat aku stress n mmg aku stress. Stress yg melampau. Bayangkan eh, aku dok kuaters, sapa duduk rumah kerajaan tau laa mostly rumah tu dorg mmg dah sediakan almari. Almari kayu kat dinding tu. Dah nama pun kayu kan, mestilah color kayu (brown). Stress punya pasal, aku sanggup eh cat almari tu jd color putih -__-' AKU CAT SENDIRI. Sila percaya. hmm

Dr color brown aku cat jd putihhh. weheee. Baru lah nmpk ceria sikit.padahal dah 12 tahun an dok dlm bilik ni baru this year nak cat ? haaa dr situ dah boleh nmpk tahap ke-stress-an aku mcm mana.

Disebabkab stress jugak, a week after raya, aku pg JOHOR dgn anis and dania. Naik train u olllllsss. 6 jam petak dlm train. haha. Trip johor ni nenanti la okay aku cita eh. Saje je open cita, tp mls cita smpai habis. hahaha bengang tak ? tak ? k.

Sebenarnya aku just nk bg tau esok ( 15 sep 2012 ) result rayuan UPU keluar. So skrg aku mcm cacing kepanasan. Nak tdo tak boleh, nak cek result kul 12 tgh hari baru boleh cek. So skrg aku nak buat apa ??? sbb tu aku merepek kat sini. Cuak tau tak. Walaupun sbnarnya aku mcm dah tawar hati. Asyik tak dpt je kan. Tp tape, aku percaya semua org Allah dah tentukan rezeki memasing. So kalau tak dpt, maknanya aku dah tetapkan rezeki aku kat tempat lain. So aku tawakkal je :)

Khamis next week pulak, result MUET keluarrrrrrrr. Ni aku double cuak. Sbb aku spoil dkt speaking padahal tajuk senang !! geram gilaaa. Masa exam reading, boleh plak perut memulas. Memacam hal. dah aku jawab tak sng duduk. One thing yg susah bila tgh MUET ni, kau TAK BOLEH KELUAR DR TEMPAT EXAM SELAGI EXAM TAK HABIS. kalau Exam 1 jam setengah, ha masak lah kau duduk dlm tu smpai habis, Hmmm

So aku harap, esok ada berita gembira untuk aku,. Insyaallah. Kalau tak dpt, tapelahh redha je. Tp aku harap MUET tak kecewakan aku. Kalau tak, aku stress n kali ni aku trus nak g Langkawi !! LOL

korg doakan yg terbaik untuk aku okay ? :') nak smbung degree cecepat. Tak nak buang masa kat rumah dah. Kawan yg lain semua dah smbung. iJELES iSTRESS iNAKSAMBUNGDEGREEJUGAK & i nak iPhone (ttba)

Okay la, dah pukul 1.18AM
nk buat puzzle smpai ttdo. esok bangun kul 11.59 trusssss cek result. ewah kau !
Goodnight guys ! Sleep well.


khas untuk korg yg rindu aku. *muntaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!*

k bai !!



Monday, August 13, 2012

Sakit

Aku ni mmg bangsa yg susah nk demam. Last aku demam masa form 4 tak salah. skrg aku umur 21 tahun. Cer kira bape tahun da aku tak demam ? tp batuk/ flu mmg ada jugak la kena. Org slalu ckp kan, org susah nk demam ni, sekali dia dmm haaaaaaa amek ! sikit lagi nak nazak. mcm aku la .

Last week (sabtu) aku start dah skt2 bdn bagai, skt prut la itu la ini la semua nak skt. Kalau aku ni meja, boleh diibarakan screw2 dah nak tercabut, so meja dah start bergoyang tinggal nak tggu roboh trus je. Mcm tu la skt aku, nak jalan pun tak larat. Over kan perumpaan aku ?

So mula aku relax lagi, sbb aku ingat ni gejala2 nak red flag. you know red flag ? you donno ? how about japan flag ? donno oso ? thn u r still under age. lol.. okay smbg cita, tp mmg betul aku kena pun mlm tu. Lebih truk tgh malam tu jugak badan start panas. ya allah, mcm kena tanggung dua skt dlm satu masa. Menangis2 aku.

Tp boleh dikatakan ni demam kali kedua yg terburuk penah aku kena. first masa aku form 4 tu, 2 mggu eh aku terlantar atas katil. Tu mmg teruk sgt dah tu, kepala pening smpai tak bleh bangun, nak2 pulak dpt kat aku yg bangsa tak reti telan ubat haaa lagi lah truk, Ni yg baru2 ni 6 hari demam. Hilang selera makan, tak larat nak bangun, kepala pening. baring jelaaaaaaaaa mampu. hm

Tp setiap kali aku sakit teruk mcm ni, aku mesti rasa. Ni amaran dr Allah. Allah nk ingatkan aku sumtin. Allah nak aku sedar balik. Allah nak aku bersyukur masa aku sihat. Korg pernah rasa tak ? ke aku je emosi ? Sepanjang sakit ni, aku asyik nangis je, terpikir mcm mana kalau nikmat yg aku ada skrg ni Allah tarik serta merta. Mampu ke aku ? Mcm mana ttba Allah uji dgn penyakit yg tada ubatnya, bersediakah aku ? Lebih takut, kalau Allah ambil nyawa aku... mcm mana dgn amalan aku ? dosa2 aku selama ni ? amalam aku diterima oleh Allah ke tak selama ni. Keampunan terhadap dosa2 aku selama ni Allah dah ampun kan ke belum ?

*menangis*

takut kan ?

Alhamdulillah. Kesihatan aku pulih mcm biasa. Badan aku dah kuat balik. Alhamdulillah :') Aku harap aku bersyukur dgn apa aku ada, kesihatan, rezeki, ibu bapa, kawan2. Aku harap aku tak khilaf , aku harap  aku tak kejar duniawi semata2 smpai lupa tujuan hidup sebenar, aku harap aku sentiasa ingat Allah dan takkan lupa walau sesaat, aku harap aku sentiasa dikelilingi oleh org yg akan sentiasa ingatkan aku tentang Allah ;'(

Insyaallah , Amin.

Aku harap korg pun mcm tu eh :)

Ha sapa ada masalah  susah nk tdo malam ? Mcm aku setiap hari mesti kul 2/3pg baruuu boleh tdo. Kadang2 lepas subuh baru boleh tdo. Parah kan ? rasa nak lempang dri sndri. Meh aku nak share doa .

Doa rawatan Imsonia

" Ya Allah, telah malap cahaya bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri, wahai yang Maha Hidup, wahai yang Maha berdiri sendiri, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."

Insyaallah, kita sama sama amalkan :)
Dah baca doa cepat, pastu g tdo. goodnight. sweetdreams
Thank you fr reading , xx



Saturday, July 28, 2012

MUET

Its 1:12AM already, and im still wide awake.
Haih cuak cuak cuak esok paper start kul 8. Kul 8 tu paper writing. 
Mmg nice la, pepagi dah writing.
Mengantuk + blur = Apa pon tak boleh
Td dah buat revision sikit, especially on writing & reading since these two paper markah paling tggi 
Masa buat revision td bukan main lagi mata dok sepet-sepet konon mengantuk, sekali dah tutup buku amboi segar bugar. Selalu mcm tu kan ? Teruk btul mata ni. Eh salahkan mata ?

Okay la, i think i should sleep now. 
Mengantuk tak mengantuk, buat2 tdo jela. Berangan ke kan ? haha
Goodnight world. Wish me luck fr tomorrow !

Oh wait ! I hope its not too late for meeee to wish all of you SALAM RAMADHAN.
Please be good to urself, to other ppl & get closer to Allah during this month :')

Thats all for tonight. hihi. byep 
Thanks fr reading , Leeyazliyah

Thursday, February 16, 2012

Cerita Broga

Aku ni bangsa yang suka berjalan.
Mmg dr kecik laahh, merengek nak pg sana kejap sini. Mmg aku tak bule nak dok umah terperap je nnti mula lah nak mgamok2. Masa aku kecik2 dulu pun, ayah aku kata nak tdo kan aku bukan main payah ! Sbb nak kne bawak naik moto round satu kampung baru aku tdo. Perangai kan ?

Masa aku da start tadika, masa tu aku kat kedah.. Aku akan ada kat umah time tido je, masa selebihnya aku merayau. Kecik2 dah kuat merayau. Kat kdah dulu mana lah ada shopping2 mall ni, merayau aku takat pg bendang tangkap ikan, pg library acah2 baca buku padahal main nyorok2 dlm tu. Bule eh kau main nyorok2 dlm library. Lantak lah kan. Library sejuk, menyorok pun sedap laa. hahaha.

Pastu da naik sekolah rendah, sama jugak prangai. Tangkap ikan, naik basikal ramai2 pg round2, mandi sungai mcm2 lah. Sampai satu tahap ayah aku bengang dia cari aku kat bendang, dia jerit nama aku sekuat2 alam. Kau bayangkan, aku kat tgh2 bendang tu, dia kat tepi bendang jerit nama aku. Bukan setakat ikan dlm sawah menyorok, kerbau pun lari lintang pukang takut! Aku rasa kalau orang-orang (scarecrow) kat tgh sawah padi tu bule lari, mesti dia pun lari. Smpai umah mmg kne rotan ah. sedap wa ckp lu

Tapi kalau dah nama pun bangsa tak paham bahasa, rotan lah cm ne pun, esok kat bendang blk. Seb baik ayah aku tak ikat aku kat pokok rambutan depan umah tu ha.

Dah masuk sekolah menengah, zaman2 baru nak up ni haaa mulalah. Time ni aku dah pindah shah alam. Aku pindah shah alam masa darjah 3. Dah nama pun shah alam, BANDAR. shopping mall ofcourse la banyak an. Masa ni lahhh berjinak2 nak naik train pg sana pg sini. setiap mggu pg mid, pg sunway. banyak duit kau kan leeya ? Org lain baca buku kat umah, kau baca harga kat baju kat jeans kat kasut sume kaan. Bagus

Dah hbs skolah menengah, aku masuk kolej kat bangi. Ni lagi bahaya. Sbb tak duduk ngn parents. Lagi la rancak keluar kan. Bule dikatakan setiap sem aku ngn classmates plan nak pg sana lah pg sini lahh. Pantang tada kelas, mmg aku pun tadalah kat kolej tu. Bila aku dah start prac, duduk ngn parents balik kat shah alam. Aktiviti keluar serancak kat kolej mmg dah tada la kan. Pastu tup tup dah hbs prac ni classmates aku plan nak g Broga Hill plak.

Aku teringin gila babs nak pg broga tu since aku sem 2 lagi sbnanya. Aku tgk kawan2 aku pg sana, amik gambar lompat2, celah2 lalang yang tinggi, bukit bukau apa segala tu aku jeles lah kan. Aku pun nak pg. So bila classmates aku plan nak pg Broga ni aku excited lebih aaaa. Walaupun dlm hp suara cover wat cool wat lek padahal dah letak hp dok tersengih2 excited.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari !

dan dan plak parents aku nak blk kampung time tu, so maknanya aku sorg2 kat shah alam and dorg kat kmpg. So mama aku tak bg aku pg, dengan alasan Bahaya, mama ayah jauh kalau pape jadi kat leeya nnti susah. Dala bukit2. Sentap seminggu.

tapi aku kan bangsa tak dengar ckp, bila aku nak something tu aku nak laaa. takan ada sapa bule halang. So dengan gigihnya aku pg Broga jugak hari ni, aku pg sensorg :( Berani kan aku. Bila degil mengusai diri dia mmg cm tu, perasaan takut tu ttba tak wujud dlm diri.

And finally
.
.
.
.
.
.
.
.
berkat usaha yang gigih
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU SAMPAI JUGAAAAAKKKK BEEERRROOOGAAA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LIHAT LAHHH DUNIAAAA!!

Alhamdulillah smpai jugak aku menjejakkan diri kat broga naik Adobe Photoshop.
Fuhhh lega , pg tak lama pun. 10 minit je.
Jadilaaaaahhhhh.

Walaupun pic ni nmpk ceria, tp aku menangis setiap kali tgk pic ni.
haihh.

tapela, mesti ada hikmah kenapa aku tak dpt pg sbtu ni.
hati perasaan aku jugak mesti terpelihara barangkali.

Kadang2 adobe photoshop ni mampu merealisasikan impian kita kan ?
ttba -___-

p/s : dear classmates, have fun okay this saturday. Amik la pic banyak2 pastu buat aku jeles tau. Aku tanak comment pic korang ! hahaha. and send my regards to En Daly okay :')

Thanks koranggggggss fr reading.



leeya azliyah, xoxo

Tuesday, January 24, 2012

Mengharap dan terus mengharap

Semua manusia ada masalah
Disebabkan aku manusia, so aku pun ada masalah
Kadang2 masalah tu bukan dr diri kita
dari org lain, tpi kita yg kna tanggung masalah tu.
Masalah jugak kan ?

aku ada masalah terlalu mengharap.
Dr kecik lagi aku suka mengharap
mengharapkan ayah belikan basikal ada gear
mengharapkan ayah belikan hp
mengharap dapat jadi juara dlm acara balapan
mengharapkan org sekeliling paham aku
banyak bnda aku mengharap
walaupun org salu cakap "jangan terlalu mengharap nnti terlalu kecewa"
Tapi aku ttp suka mengharap
Dan bila tak dapat, aku down sgt2 dan akhirnyaa.........
Menangis.

Sampai skrg sifat suka mengharap tu masih ada dlm diri aku
Cuma dah tak mcm dulu
Dulu aku mengharap tp tak bersedia untuk kecewa
sekarang aku mengharap tp bersedia untuk kecewa
tapi ttp akan menangis -___-
Haihhhh.

banyak bnda aku tgh mengharap skrg ni
Salah satunya, untuk bahagia sepanjang masa
serius, aku nak rasa perasaan gembira yg terlalu gembira.
Gembira yg tak bule digambarkan dgn kata kata.
Aku mengharap untuk menangis kerana terlalu gembira bukan terlalu kecewa.

Aku yakin Allah dengar setiap harapan aku.
dan aku mengharap Allah makbulkan.
Allah tau apa aku nak.
dan aku harap Allah makbulkan.
Aku tau Allah paham apa aku pendam
dan aku harap Allah tenangkan hati aku.

Kita sentiasa mengharapkan nak sesuatu yg jauh lebih baik
tanpa kita sedar depan mata kita adalah yg terbaik

aku kecewa. aku sedih
aku nak nangis.


gadiskuatnangis,
24 jan 2012, 1.20am

Thursday, January 19, 2012

Masalah Wanita

Entry kali ni sapa nak baca silakan tanak baca atau rasa geli2 tak payah teruskan. op op berhenti baca dan klik tanda pangkah nun hujung belah kanan atas tu okay.

Aku ni ada masalah senggugut dari dulu lagi. Sangat truk plak tu. Paling truk aku pnah kne smpai
aku tak bule bangun langsung, kaki cramp, badan lenguh sengal2 ubi smpai ke tulang belakang rasa, pastu cerry berry. Kalau da muntah2 tu kira paling truk la tu. Mmg pengsan trus aku atas katil. sengsara

Dulu time skolah, dalam sbulan tu mesti ada sehari aku akan pg skolah dgn muka pucat, lepas wktu rehat je aku dah tada. Balik umah. haha. Tak bule tahan ah, kne baring jugak. Takan aku nak baring kat lantai dlm kelas plak kan. So baliklah. Smpai umah mama sapukan minyak urut2 sikit.
Ada org suka makan pil tahan sakit tu tapi aku ni jns bangsa tak reti makan ubat.
kau bayangkan la, aku nak telan panadol kecik cinonet tu pun aku potong empat tau ! hahaha.

Bila masuk kolej, mmg semua kne tanggung sendri. Paling sedih bila kne penyakit ni laa. Tada sapa urutkan, tada sapa letakkan mintak, tada sapa ambikkan air suam.
semua aku buat sendiri . Sedih ! Terbongkok2 la aku pg cari minyak, jalan dah mcm org tgh pantang.
Time tu laaa bru nak nangis2 ingat mama, time sihat kau lupa kat mama kan !

Ada org cakap sggugut ni bagus, menandakan kita ni subur. Tapi sggugut jugak bule mmbahayakan diri kita kalau dah terlampau teruk. Aku ada kawan yg stiap kali dia kne sggugut haa mulalah muntah2 pastu pengsan. Takutkan ? Sapa yg sggugut teruk2 sgt tu sila lah jumpa doc. JANGAN PANDANG RINGAN. BAHAYA


Aku dala tgh prac ni, paling takut bab2 ni laaaa. Dala prac, segan aku nak cuti2. bulan lepas aku gigih jugak pg office tapi kecundang jugak ! 9.30 pagi dah balik. 2 jam je aku kat office. hahaha. Baik tayah pg kan ? Poyo2 nak tunjuk kesugguhan dgn harapan kau bule dapat A la tew ? *puuiih

Hari ni aku awl2 pagi dah surrender. tak ley bangun, tak tahan sakit. So aku kol office bg tau aku datang lambat sikit. hihihi. Dalam kul 11.30 aku smpai office. Aku smpai2 office je, terruuuuussssss :

Kak Timah : Kau pg manaaaa td ?!

Aku : Ohhh lya baru datang ni haa kak timah...

Kak Timah : Kak Timah baru ingat nk pg buat repot polis td ! Ingat kau kne culik

AKu : HAHAHA, amboi Kak Timah perli saya ke apa

Kak Timah : Yelaaa COMEL LOTEY KAK TIMAH TADA, RISAU LAAAA !

Aku : (cumel keee kak timaaahhh ! Awwww awww ) *kembang semangkuk !! Hilang trus senggugut aku ! hahaha

*mintak penampar nk bold2 comel lotey tu kan. hahaha.

Orang soh aku minum air gas, aku minum, org soh aku minum air suam, aku minum, org soh aku aku makan panadol , aku pnah cuba tapii sakit jugak !! Grrr.

Sesapa ada petua lain tak cm ne nak hilangkan ? Tak tahan laaaa mcm ni :( Kalau ada, share la okay. Hihi thank youuu.


p/s : ada org cakap nk hilangkan kena kawen. Betul ke ? Kalau betul aku nk kawen esok ni. Muaaahahahahaahha. kawen smata2 nak hilangkan sggugut , JADAHNYAAA !!


Sunday, January 8, 2012

Sangatlah TAK-COOL sebenarnya

Title pun mcm bajet2 cool je kan ?Padahal...

Aku ni bule dikatakan dah dalam peringkat Remaja Dewasa. Selama aku hidop ni, mcm2 bnda dah yg jadi kat aku. mcm2 jenis manusia dah aku tgk. mcm2 jenis kawan aku pnah dapat. mcm2 bnda bodoh yg aku penah buat smpai bila aku teringat balik mmpu geleng kepala tanda mnyesal. mcm2 tempat aku dah pernah pergi. dan mcm2 lagi.

so... ( ttba so? ) Baru baru ni aku lepak kedai makan, adalahhh beberapa perkara yg buat aku tertanya2. Perlu ke kau buat bnda tu? perlu ke kau jadi mcm tu ? kau tak pikir org lain ke ? kau ingat cool lah buat bnda tu ? Antara perkara-perkara tersebut ialah :


MENCARUT

Okay ni kalau laki aku bule terima lagi nak mencarut bagai. Tapi kalau perempuan ? nak2 pulak pakai tudung siap berbaju kurung lagi . Ha cane ? Cuba la kau bayangkan kau makan kat satu meja. Sukahati kaulah nak bayangkan kau tgh duduk ngn sapa pun. Jgn dgn bf aku dah. hahaha. Pastu sbelah meja kau geng2 remaja perempuan yg majoritinya pakai tudung berbaju kurung. Pastu kau bayangkan lagi depan meja kau pulak ada satu family bahagia dgn anak cumel2 tgh duduk makan. Dok sedap2 makan, geng2 perempuan ni dok hua hua hua tak ingat dunia. Hua hua tu satu hal, pastu diselangi plak dgn perkataan2 "bodoh siaaaaaall kau" "perangai kau mmg mcm cilakaaa kan" "hahahaha, mcm babi !" "kimeks !"

Ahhhh senang cita mmg complete carutan mereka ! Ada banyak lagi, tapi takan aku nak list sumenya. Korg pun tau sendiri la kan. Korg pun mesti pnah mencarut kan? sudahlah jangan nak menipu. hahaha. okay aku mgaku aku pun mencarut jugak kdg2. Tipu laaa kalau tak pnah kan. Tapi apa aku nak cakap skrg ni bukan masalah kau mencarut tu ke hape ke, tapi masalah kau bule tak sblum mencarut tu tgk kiri kanan dulu ?? boleh ?! Kalau jenis mcm aku ni kau nak mencarut lantak kau lah kan, kisah plak aku. Tapi masalahnya kan meja depan tu family. Kau nak mencarut bagai agak2 laaa der. Mak cik pakcik tu dah bule ibaratkan mcm parents dah. Cuba kau mencarut depan parents kau ? Agak2 parents kau "perghhh cool sial ayat anak aku"ke penampar je kau makan ?

Pastu budak2 kecik. Apa kau ckp dia dgr. Budak2 kecik ni mcm "recorder" apa kau ckp jap g dia ulang balik. kalau kau kemain lagi dok "kau nak apa bodoohh" pastu budak tu dgr dan2 plak time tu mak dia panggil dia kau agak2 budak tu akan ckp blk tak apa kau cakap tu dkt mak dia. kalau dia "Ye maaaaa im coming !" baguslah kan. Kalau dia ulang apa kau cakap ?! Mmg seminggu budak tu makan nasi pakai straw. So pikir laa. Alert dgn org sekeliling kau. Nak mencarut ikut kau lah, tapi biar kena dengan tempat. Hormat sikit org sekeliling kau tuu. Aku yg muda remaja ni (puiihhh) pun kurg selesa apatah lagi org yg dah berkeluarga tu.


MEROKOK

Ha ni pun satu hal. Kat memana kdai makan lah, mesti bnda ni jadi. Tak paham aku. Ada kdai makan yg sediakan satu bilik untuk smoke ada yg tada. Kalau ada, tolonglahhh pg masuk bilik tu kalau tada tolonglahh pergi berasap jauh2 sikit. Tah2 org yg dok sbelah meja kau tu ada asma ke, baru kuar hospital ke, jenis yg tak bule asap rokok ke lagi2 kalau ada budak. Kesian dorg. Dgn nak makannya, dgn nak elak2 asap rokok kau lagi. Dah mcm hape dah aku tgk. Timbang rasa la sikit okay. Kalau tegur kang kau marah2 mgamok2, kalau tak tgur org tu mati sesak nafas plak kat situ. So kau paham2 jela. Agak2 org dah pandang semacam, muka pun macam tak cukup nafas dgn kadar segeralah kau beredar. Mesti dorg hormat kau sbb kau memahami daripada kau makin org sesak nafas, makin org pandang makin rakus plak kau berasap. Amboi. Action kau kan bang / kak.



Takpayah la rasa dgn kau mencarut , merokok org akan pandang kau cool. Lagi2 kat tmpat makan. So not cool okayyy. Alert org sekeliling kau. Sensitif sikit. kau hormat org, insyaallah org hormat kau. Aku bukan nak tekankan pasal kecarutan kau tu , tapi tempat kau nak mencarut tu. merokok biar kena tempat, menacrut biar kena tempat. jangan nek men redaaaahhh je kang ini makan dia !


Thank you fr reading

p/s : Tak memerli sesiapa, ini secara general okay.


leeya azliyah, xoxo

Saturday, December 31, 2011

2011 sudah berakhir !

Hello hello everyoneeeeeee ! Perghh lama gila aku tak update blog. Tak tau nak update apa sbnanya, nak update resepi aku mmg dah tak try masak pape dah since start practikal. So terbiar la blog ni, kesiaaaaaaaan.

Hari ni 31 Disember 2011, hari terakhir untuk tahun 2011. Kejap je kan masa berlalu. Esok dah tahun 2012. Impian , cita cita, harapan nusa bangsa korg untuk tahun ni dah tercapai belum ? kalo dah baguslah, kalau belum kau carry forward jela ke tahun 2012, mcm lah tak biasa kaaaan. hahaha.

Korg sume mesti tgh rancak melepak tggu firework kan ? Tak pun rancak mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kan dataran Shah Alam :) ye aku rancak guling2 kat lantai frust tak kuar g memana ! -__-

Okaylaaaa, sbnanya tak da cita pun nak update kat blog. Just nak wish korg sumeeeeee

SEMOGA TAHUN 2011 AKAN LEBIH BERMAKNA DR TAHUN SBLUMNYA ! AMIN :)

Eh jap, aku tau korg mesti ada baca pasal kiamat pada tahun 2012 kan ? Okayy apa kata kita pikir macam ni. Kiamat mmg akan berlaku, tapi kita takan tau bila. Sama mcm kematian, kita akan mati tapi kita tak tau bila. Lebih baik kita pikir apa amalan yg kita dah buat sebagai bekalan untuk kita nnti dr kita sebuk bercakap pasal bnda yg kita tak pasti tapi abaikan perkara yg sudah pasti kita wajib kne lakukan :) *peringatan untuk dri sndri jugak sbnanya.


pikir2kan dan slamat beramal okay . hihi

sejak dah lama tak update blog ni, aku jadi mcm agak skema plak. haihh -_-'

sekian, bye.

leeya azliyah, xoxo





Saturday, November 26, 2011

Hajat


Aku ada satu hajat.
Hajat ni tak pernah sesiapa pun tak tau.
Aku perlukan kereta, perlukan duit, perlukan kekuatan, perlukan persediaan mental dan fizikal.
Dan yg penting aku perlukan keizinan Allah supaya hajat ni tercapai.
Aku perlu jumpa seseorang.
Seseorang yg aku tak pernah jumpa, tapi sangat bermakna dlm hdop aku.
Sesorang yg sudah masanya untuk aku balas jasa dia .

Aku tak tau dia kat mana.
Tapi aku harap dia dlm keadaan yg baik2 sahaja.
Dao aku sentiasa untuk dia.

Sebelum aku menutup mata selamanya
sebelum dia menutup mata selamanya
hajat aku hanya satu, semoga kita dapat bertemu.

Ya Allah, aku mohon padamu
Makbulkan doaku.

Amin.


*perasaan rindu terhadap seseorang yg aku tk pnh jumpa, tak pnh kenal. tapi sangat bermakna untuk aku,

;'(

Wednesday, November 16, 2011

Kek warna warni


Rainbowwwwwwwwwww :)
Dr dulu mmg aku suka bnda warna warni, stripe, color2 cumel + nmpk riang ni haa. So bila aku google2 cari kek cumel, toiiiinngggg kluar la resipi kek warni warni yg kiut miut. Buat aku rasa geram je tgk, elok2 kenyang siap sendawa lagi ha, tgk kek tu trus lapaaaar. Over kan kau perot ?

Nak keluar g beli mmg tak laa, dah mlm. So tgk bahan2 nak buat pun mcm suma ada je kat dapur, trusssss keluarkan mixer, ayak tepung bagai. Gigih nak buat jugak padahal org lain sume dah tarik slimut nak tdo, kau bule trk mixer memalam ?

Dah2 sblum aku merepek, sapa yg teringin nak buat meh singget untuk resipi ni.

BAHAN-BAHANNYA :

5 biji telur
1 1/2 cawan gula (yg dah dikisar )
1 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1 susu esen vanila
2 / 3 pewarna @ lebih. Ikot korg laahh :)

CARA- CARANYA :

Mula2 pukul mentega dengan gula smpai kembang
Kemudian masukkan telut sebiji demi sebiji dan pukul smpai sebati lagi
Bila dah sebati, masukkan lah tepung (diayak) dan esen vanila
Bahagkan adunan td kepada 3 bahagian (ikut berapa banyak warna korg nak) pastu letak lah pewarna tu.
Masukkan adunan satu lapis demi satu lapis (satu warna demi satu warna) pastu bakar .
Selalunya dalam 30 minit-45 minit.


HAaaaaaa, senangkan ?

Berkat kegigihan, sokongan mama dan ayah, para peminat sekalian
.
.
.
.
.
.
.
ini lahhh hasilnya
.
.
.
.
.
ini lah diaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini laaaaaaaagiiii
.
.
.
.
.
.
.
lagi dan lagiii
.
.
.
.
.
.
bengang ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



TaaaAAAAdaaaAAAA ! HAHAHA

*tak jadikkan sgt corak dia. 1st time buat. maafkan jelah eh. hihi




Nak bawak g office, hehe



SELAMAT MENCUBAAAAA ! :D
&
THANK YOUU FR READING :)
leeya azliyah, xoxo

Sunday, November 13, 2011

Contest Gambar Cool

Haaaa cumel tak banner tu ? hihi. Contest Gambar Cool, sementara tada pape nak buat ni, marilahh kita secara berjemaah mencuba nasib dlm contest ni :) So gambar yg aku nak pertaruhkan (ewah) ialah :


cool tak cool tak ? :D

Okay sesapa yg minat nak join ini adalah syarat2nya :
1. semua penyertaan blogger malaysia sahaja diterima .. ( mudah )

2. Buat 1ENTRY SIMPLE BERTAJUK "Contest Gambar Cool" dan LINK BACK ke entry contest ni..

3. Letak gambar banner di atas DALAM ENTRY ..

4. jangan terlampau edit , kalau yang asli kemungkinan ada peluang :)

5. nak masukkan gambar melebihi 1 pon boleh tapi maximum 3..

6. gambar tiada unsur menjolok mata dan merbahahahahaya... ! :)

7. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat SINI :)


8. tarikh tutup , 25.11.2011 ( lamakan ?) 15.11.2011 <-- diawalkan sebab faktor -faktor tertentu. . .


Ha senang je kan syarat2 dia. Goodluck korang ! :)



Saturday, November 12, 2011

Tersentuh hati

hye semuaaaa ^_^

Okayyy, hari ni hari sabtu... aku cuti !! Dah tiga hari dah aku start praktikal. Prac kat mana ? No no no i wont tell you. Demi keselamatan diri. hahaha poyo gila, padahal kat FB kemain heboh lagi kalo bule nak bg tau satu dunia kat mana aku prac ;p

And alhamdulillah semua org baik2 je kat office :) friendly je semua tak sombong2. Cuma buat masa skrg tak banyak lagi keje untuk aku, so wat lekkkkk lu. goyang2 kaki lu, kang kalo dah banyak keje tak cukup kaki plak nak kesana kesini kaaan . Okay tu cita tmpat prac. tada kne mgena ngn tajuk utama. haha *tak kelakar langsung

----------------------------------------------------------------------------------------------
Okay nak cita ni. Tadi kaaaaaaaaaaaaaan masa aku otw blk dr GM Klang, pastu singgah Mcd kat PKNS jap *lapar , pastu masa kat roundabout seksyen 3, tetiba jem tauuu. tak dala jem truk sgt, tp pelik laaa kan padahal roundabout kat situ agak besar la jugak so jarang la sesak2 lagi2 hari ni hari sabtu bukannya ada budak balik sekolah pun smpai kau nak jem2 bagai kat situ kan.

Tetiba aku nampak ada sorg laki, pakai songkok berdiri kat depan sbuah kete kat tengah2 jalan . Aku syak ni mesti eksiden ni ! Aku ni dah la lemah semangat sikit bab eksiden ni, mula la jantung2 aku dup dap dup dap. Pastu aku nmpk laki tu tu suruh kete tu berundur sikit. Aku syak lagi sekali, kete tu mesti langgar org naik moto, pastu penunggang moto tu terperosok bawak kete. So laki yg pakai songkok tu kira macam nak tolong la kan.
tengok2 sangkaan aku salahhh !!! Tada orang eksiden pun . tada moto, tada penunggang , tada sapa terperosok bawah kete. Kau nak tau tak apa laki pakai songkok tu buat sebenarnyaaa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alolololololo, cumel sgt ! Grr :D
.
.
.
*okay smbung...

Laki yg pakai songkok td tu selamatkan anak kucing yg berada kat bawah kete td tuu. Aku tak tau mcm mana bnda tu bule jadi, tapi aku syak (syak laaaaaaagi) hahaha, aku syak laki pakai songkok tu terlanggar anak kucing tu, dia rasa bersalah and takut ada kete lain plak langgar anak kucing tu so dia dia pg balik kat anak kucing tu yang pada masa tu anak kucing tu dah dilanggar oleh kate lain. Laki tu berdiri depan kete tu, and dia suh kete tu berundur sikit, pastu aku nmpk dia amik anak kucing tu kat bawah kete tuuuu.

terharuuuuuuu sangat aku tgk ;') baik gilaaaaa. Mulia kan perangai dia. Tapi aku tak tau cita sebenarnya, Tapi tak tu sume tak penting !

Yang penting dia sanggup selamatkan anak kucing tu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selama seminit. Kita mampu nak buat cmtu ??

Harap2 anak kucing tu hidp lagi, cumel anak kucing tuuu. color hitam putih. Kesian diaa. Mesti mak kucing tu carik2 anak dia, lebih 24 jam mesti mak dia nak buat report polis . Eh ? tapi kau kau bayangkan, manusia hilang anak bule buat report polis soh carikkan, tapi kalau haiwan macam mana ??? kesiaaaaannnya :(

Okay dah merepek. tu je nak cita. Sekian.
Tetibe aku teringat kejadian orang langgar budak kat china tanpa belas kasihan !!! Kejammmmmm ! sgt.

Tapi lepas kejadian tadi, Alhamdulillah masih ada yg mulia di dunia ni. Masih ada yang bersifat kemanusiaan, masih ada yg punya sifat simpati, masih ada manusia yg cintakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w :) Semoga kita tergolong dikalangan yg mulia2 ni. Insyaallah. hihi

ouh wait2 ! Ada sedikit info disini. Dok cita pasal roundabout je kan dr td, korang tau tak roundabout terbesar kat dunia kat mana ? Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Roundabout kat Putrajaya :) ikur lilit lebih kurang 3.4 km. Besar kan ?


Hidup Malaysia !!! 3x

Terima kasih sudi baca :)

leeya azliyah, xoxo

Monday, November 7, 2011

Masalah darah gemuruh yg terlampau


Tidur tak lena, mandi tak basah, makan okay yg ni makan smpai kenyang. Sbb bila aku tension, aku akan makan makan dan makan lagi sbb penat berfikir. Sapa kata berfikir tak perlukan tenaga ? Sapa sapa ! *gangster an ;p

Dalam banyak2 masalah, satu masalah ni je aku dr duluuuuuu lagi susah nak kawal, lebih skema lagi sukar dibendung. Masalah cepat takut, ala ala darah gemuruh laaa. Nak exam takot, nak pg cari keje nervous, nak pg meeting takot, nak presentation takot, nak masak untuk mr.mcflurry nervous. Eh ?

Pastu bila dah cuak ha mula laaa mulut aku nak bebel sensorg. Setiap 5 minit mesti aku akan cakap "weyhh takutnyaaa", aduhhh macam mana ni?", "weyhhh risau nya, aku bule buat ke ni ?". Kawan2 aku rasa nak lempang manja je kat muka aku ni, sbb elok2 dorg tak takut terus jadi takut sbb aku setiap lima minit dok bebel "takut takut". Melampau kan aku?

Tapi nak buat cm neee, dah mmg aku takut. Aku dah cuba mcm2 dah. Org kata banyakkan practise, nnti kurang la nervous tu. dah buat daaaahh, tak jalan jugak. Orang soh aku try blaja bertenang, dah buaat dah. bertenang seminit jelah pastu gelabah blk. So kau nak aku buat apa lagi ?

And sekarang, perasaan takot tu datang blk ! Lusa ni, aku start prac. Sekarang ni dlm kepala otak aku mcm2 aku pikir, kadang2 smpai terbawak2 dlm mimpi. haaaaa kau, melampau. tapi betul ! Aku risau mcm mana laaa nnti aku kat tempat prac tu, bule ke aku sesuaikan diri, semua org akan suka aku ke, mcm mana kalo aku tak reti nak buat sesuatu keje tu, dala kawan2 tada. Nak tanya sapa, kalo aku kne pulau mcm mana, kalau aku kne marah air mata bergenang malu laaa aku, sapa nak lap kan air mata mahal ni. Weyh scaryyyy weyh. Makin aku cita makin menggigil nak type habiskan entry ni. TakoTTTTTTTTT!!

Tapi setakut takut aku pun, takut time bnda tu belum jadi je. Bila dah jadi, diam la aku ni. Tgk time nak keje part time dulu, kemain takut lagi, sekali dah keje kemain sedih lagi nak behenti. Konon2 nak keje lagi laaaa. Time nak masuk kolej dulu, risau gilaaa smpai pg daftar jalan tundukkk je , pandang org dah tak bule nak senyum dah, muka ketat gila sbb cuak punya pasal. End up, dah beberapa bulan masuk kolej, amboi lupa rumah sendri smpai jarang balik rumah. HAHA.
.
.
.
.
.
So aku harap sgt, masa aku prac ni semuanya berjalan dengan lancar. Semua nya okayy. Aku pun enjoy kat situ tada masalah berat. Awaks doakans kitewwwss okayyyss ? :) hikhik

p/s : sesapa ada tips atau nak share pape masa prac comment okay ? :) Sangat dialu alukan . hihi


THANK YOU FR READINGGGG !

*marilah berjoget bagi menghilangkan tekanan .


leeya azliyah, xoxo



Friday, November 4, 2011

Anak tunggal


Setiap kali aku jumpa org baru, kawan baru , sesapa lah yg baru 1st time jumpa aku mesti soalan fav dorg "best tak jadi anak tunggal". Jawapan aku selalu bg, bolehlah.

"bolehlah" ni bule dikategorikan kepada beberapa tafsiran :

1) Mmg best jadi anak tunggal
2) Tadala best sgt
3) Ada bnda yg best ada bnda yg tak best.

So bila aku bg jawapan "bolehlah" mesti solan seterusnya yg diutarakan kat aku "mesti anak manja ni ?"

-_-'

hihihi
------------------------------------------------------------------------------------
PART YANG BEST !

Okay, Aku sebagai wakil anak2 tunggal sedunia, meh sini aku nak cita sikit pasal life anak tunggal , haha. Best jadi anak tunggal. Mmg best sbb kau tak payah nak share barang dgn sesapa. Barang kau, kau punya. Tada sapa nak kacau, tada sapa nak sibuk2 pakai. Pastu kan bilik tu kau punya sorg. Kau nak melalak ke, kau nak feeling2 tyra bank depan cermin ke, kau nak poco2 dlm bilik ke, lantaklah. Sbb dlm bilik tu kau sorg je. Tada sapa nak tgk. best kan ? :) So sbb tu la, kalo korg perasan sapa yg anak tunggal mesti dia ada satu sifat mcm susah sikit nak share barang dgn org ? perasan tak perasan tak ? hihi. korg jangan la kutuk2, dah dia mmg biasa hdop mcm tu. Cuba paham :) hihi

Bila kau naik kete, dah sah2 la kan kat dlm kete tu tiga org je. Kau, mak kau, ayah kau. Ayah drive, mak dok tepi, kau kat blakang ? siap bule baring2 lagi haaaaa, kuak lentang bagai. suka hati kau lah . Dah kau sorg je kan kat blakang tu *ni kalo kau tada bibik la, mcm aku . Hoho ! Selesaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

Pastu pg shopping. okay yg ni org salu ckp kat aku . "best nya jdi anak tunggal ! Kalo mintak pape mesti dapat kan, yelaaa anak sorg". Okay yg ni tak bule dinafikan. Mmg selalunya apa kau mintak akan dapat. Tapi tgk jugak laaa apa yg kau mintak. Macam aku, ayah ngn mama aku jenis yg tak semua aku bule dapat. Kalo bnda tu tak penting sgt untuk aku, dorg takan belikan. Kalo aku gigih nak sgt, aku kne kumpul duit sendri pastu g beli sndri. Tapi ada jugak anak tunggal kat luar sana yg jenis family ala2 Donald Trump , mmg sah2 laaa apa kau mintak akan dapat. Tadahallah !

Pastu bila kau nak buat apa2, mak ayah kau mesti bagi sokongan padu habis kat kau, yela, sbb kau sorg je anak yg dia ada. So kau jela harapan nusa bangsa mereka. Masa tu, kau mulaaa la feeling2 Angkasawan negara bila rakyat semua sokong kau, kau la satu2 harapan negara. kau mesti bangga kan. hahaha. mcm tu laa lebih kurang. Kira sokongan tu mmg khas untuk kau sorg, takan ada org lain dah. Tapi alaa, kalo adik beradik ramai pun mesti parents ttp support anak dia jugak an.

Time rayaaaaaaaaaaaa !! ha ni part aku suka. hahaha. Bila raya mesti dapat duit raya kan ? Pastu da sah2 laaa berlumba2 sapa punya duit raya paling banyak. Meh sini aku bg tau rahsia. Bila kau anak sorg, kau mesti dapat duit raya lebih sikit dr makcik2 kau ke pakcik kau ke. HAHAHAHA, *mati la aku kalo cousin2 aku baca ;p Sbb bila anak ramai, da sah2 la nak kne bg duit raya kat semua anak kan, pastu kne la fair, Takan yg sulung kau bg RM5 yg lain2 RM3 je, mesti la kne fair kan, kalo tak mmg aduan rakyat diutarakan la kat parents masing2.Contoh la kan, org tu dah peruntukan RM50 untuk satu family. Kalo adik beradik kau 5 orang, kau kne la bahagi 5 Rm50 tu. Tapi kalo kau anak tunggal, RM50 tu ? hihi hoho huhu ;p

Tapi korg tak yah la nak jealous ngn aku, sbb aku dah 20 TAHUN! tak dapat dah duit raya T_T huwaaaaaaaaaaaa, nak jadik kecik balik, nak duit raya banyak2 ;p

mengada kan ?

------------------------------------------------------------------------------------------------
PART TAK BEST !

Bila kau dah biasa jadi anak tunggal, kau akan ada satu sifat suka pendam perasaan. Bila kau ada masalah kau susah nak share ngn org. Sbb apa jadi mcm ni ? sbb kau tada adik beradik lain yg bule kongsi masalah. Aku sbnanya teringin jugak kadang2 nak ada abg , kakak, adik, so kau bule share apa kau rasa. Takan la kau nak share masalah kau ngn bf ke gf ke ngn parents kau kan ? nak makan lesung batu ? nak share ngn kawan? tak semua bnda kau bule share ngn kawan. Tang ni aku sedih sikit. Aku banyak pendam smpai tension. ok dah.

Sunyi sbnanya kadang2. Yelaaaa, dlm umah ada kau, mak kau, ayah kau. Kalo mak ngn ayah kau tada kau sorg2 je kat umah. Pastu org lain selalu kuar shopping ngn kakak dia lah, abg dia lah, adik dia lah. Tapi kalo kau anak tunggal ? Hmmmm sunyi sbnya. aku pun teringin jugak nk rasa mcm mana gado dgn adik beradik ni . hihi

Sensitip sikit. Sbb kau tak biasa kne maki , gado ngn adik beradik, dah biasa hdop aman damai kat umah so sekali bila kau kne dgn kawan2 kau, sentap ! hahaha. Tapi tak semua anak tunggal sensitip. Ada je hati kering, mcam kawan aku yg sorg tu haaa. Anis bukan nama sbnar. HAHAHA.


Satu satunya harapan bangsa. Mmg best feeling2 Angkasawan tu, tapi cuba bayangkan kalau kau tak berjaya. Parents kau mesti down gila. Dah laaa kau sorg je anak yg dorg ada, sapa lagi yg dorg nak harapkan. So bila kau tak jadi mcm apa yg dorg harapkan mesti la dorg sedih kan ? haaa so besar sebenarnya tanggungjawab anak tunggal ni. Ingat sng ke ?? Aku risau kalo bab2 exam ni . Risau sgt. Aku takut result tak mmpu nak buat parents aku bangga dgn aku . Aku snggup buat apa je janji mama ngn ayah happy ;') Alhamdulillah sepanjang result sem 1, 2, 3, 4, dan 5 mmpu buat mama ngn ayah tersenyum.

.
.
.
.
.
.
sebenarnya, aku dalam keadaan mood yg sgt down dan sentisif skrg ni. Banyak bnda aku tgh pikir. Tension snbrnyaaaa *lap air mata.

Kesimpulannya, ada org adik beradik ramai teringin nak jadi anak tunggal, ada yg anak tunggal teringin nak ada adik beradik. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, Mesti ada sbb knpa Allah bg kau adik beradik ramai atau anak tunggal. So chill lah kan . hihi *pujuk diri sendiri -_-'


Hm doakan aku supaya jadi anak yg baik, dapat balas jasa mama ngn ayah aku, dan berjaya di dunia dan akhirat okay. hihi. Semoga korg berjaya di dunia dan di akhirat juga, Amin :)


THANK YOU FR READINGGG

leeya azliyah, xoxo
















Thursday, November 3, 2011

Doa buat seorang kawan

Bahagia aku tgk kau
kau syg bf kau
pg mana mana kau mesti inform bf kau
kau layan setiap kerenah dia
aku pasti
bf kau mesti syg sgt kau
mcm mana kau syg dia
bak kata orang "untunglaaaaaaaaaaaa"

kau selalu keluar dgn bf kau
dia jaga kau dgn baik
kau pun jaga dia dgn baik
bf kau bg apa kau nak
bf kau jaga makan minum kau
bf kau sggup cari duit demi masa depan kau dgn dia
bahagia je

walaupun setiap kali gado kau nangis
setiap kali bertekak kau menjerit
at the end of the day
kau syg dia, dia syg kau
bahagia je kan ;')

kita tak rapat
tp kita punya persamaan
aku tau apa kau nak dlm hdop kau
sbb apa kau nak dlm hdop kau sama mcm apa aku nak

;')

semoga kau dan dia sntiasa bahagia
sehingga perhubungan yg sah dan halal
sehingga ke anak cucu
sehingga akhir hayat

itu doa aku untuk kau

semoga berbahagia selalu

p/s : "kau" ditujukan kepada seorang kawan. kau takan tau sapa "kau" yg aku maksudkan. "kau" juga mungkin org yg tgh baca entry ni. "kau" dan kau tak perlu tau pun sapa yg aku maksudkan. Pening ? hihi. tapela, ini rahsia aku. "kau" merupakan seorang kawan aku, tp tak rapat pun dgn dia. Aku dgn dia ada persamaan. Apa persamaannya aku tak bule bg tau, nnti kantoi aaaaaa. haha. Aku harap, bila nak makan nasi minyak jangan lupa ajak aku ;)

Thank you for readingggg people


leeya azliyah, xoxo


Wednesday, November 2, 2011

Apam polka dot :)

*i loveeeeeee polka dot ;p
---------------------------------------------------------------------------------

Okay entry kali ni feeling-feeling chef jaafar on plak.

Kau tau tak feeling-feeling chef jaafar on ni mcm mana ? Haa mcm aku. Semangat nak buat kuih laaa, kek laaa, muffin laaa, cupcakes laaa mcm2 laaa. Semangat tu ada, buat nya paling reti! So dah tau tak reti tu, apa lagi , dengan semangat yg kental, dengan berbekalkan kelajuan streamyx yg ada, trussssssss search mcm mana nak buat apam polka dot.

Kenapa mesti apam polka dot ? Kenapa tak kuih semprit ke donut ke ?
Sbb polka dot cumel. okay dah.

Gigih aku menelaah resepi apam polka dot ni kat Internet. 3hari 3 mlm okay! Kalah org nak amik exam. Sbb aku takut buat2 nnti tak jadik, takut bantat. Nak buat apam ni bukan bule sebijik dua bijik, mau kauuu 50 bijik sekali. Kalau dah limapuluh2 bijik tu bantat sapa nak makan ?! Takan nak suh mama ngn ayah aku makan plak, agak derhaka disitu ! hihi.

so setelahh menelaah , ilmu dah cukup didada (kononnya!) aku pun teeeeraaaaaaaii laaa buat.
.
.
.
.
.
.
.
.



Okay yg ni sebelum kukus. cumel tak ? :D

SELEPAS KUKUS
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaaa ! HAHA.. * kemain besar lagi gambar !
------------------------------------------------------------------------------
Cara nak buat dia tak susah mana pun.

Bahan-bahannya ialah :

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
*filling ikut citarasa korang, yang aku buat ni filling blueberry :)
*pewarna pun ikut citarasa korang jugak :)

Cara-caranya :

1) Pukul telur sehingga kembang elok
2) Lepas tu masukkan ovelette dan esen vanilla, pukul smpai kembang lagi
3) Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi lagi dan lagi . hikhik ;p
4) Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu.
5) Bahagikan adunan kepada 2 pastu titiskan warna yg korg pilih tu.
6) Masukkan setiap adunan yg dah berwarna dlm piping bag atau plastik bersih.
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8)Letak filling , pastu picit lagi adunan smpai penuh mangkuk kertas.
9) pastu atas dia buat la dot2. Korang nak buat bentuk ladybird ke, burung ke, love2 ke pun bule jugak. Ikot kreativiti dan tahap kerajinan korg :) hihi
10) Akhir sekali, kukus kan selama 10-15 minit.

Dah siaaaaaaaaaaaaapp, senang je kan ? :)

aku nak color biru sbnanya, tapiii pewarnan color biru da habis ! ;(

tapi kaaaan, ada sesapa tau tak mcm mana nak bg apam ni lagi gebu ?

sesapa tau, comment okay ? :)

SELAMAT MENCUBAAAA

&

THANK YOU FR READINGGGG


leeya azliyah, xoxo



Monday, October 31, 2011

Mari menajamkan mata :)

Entry kali ni simple je. Tgk gambar, cari apa yg tersembunyi :) senang kan kan ? Yelaaahh sementara hujan dok lebat kat luar tu, smntara tggu hujan berhenti, mata pun dah separuh bulat tggu masa nak tutup habis je, marilah buat senaman mata secara berjemaah .



Apa yg korang nampak ?

Cari kucing.

Cari kucing lagi.
dan cari kucing laaaaaagi :)

cari muka orang

.
.
.
.
.
.
SELAMAT MENCARI UOLLLSSSS !
.
.
.
Sementara tgh cari kucing yg tersembunyi itu, makan roti telur cheese pun sedap niiii !! :D

:)

Bahan-bahan :
Roti 4 keping
Telur 1 biji
Cheese dua keping


Cara masak :
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau.
Letakkan sekeping cheese di tengah2 roti itu (macam sandwic).
Celupkan ke dalam telur tadi.
Goreng dengan menggunakan butter/marjerin. Tak perlu lama sangat nanti hilang khasiat.

Simple & easy je kaaaaaaaaan ? :)


THANK YOU FR READING !

leeya azliyah, xoxo







Sunday, October 30, 2011

Menang Camera Olympus !

PERHATIAN PERHATIAN !
.
.

korang ada pic cantik2 ?
hebat2 ?
Gambar lompat ramai2 ke, gambar naik kuda ke, gambar jatuh longkang ke. Any photo yg menarik !
Kalo ada bagus ! Kalo tada cepat pg amik gambar best2 ! pastu masuk contest ni :)
Hadiah dala menarik, korg tak payah kuar duit pun. Lagi dapat sebijik camera ada .
So tggu apa lagi ?


Kalo interested click link ni okay :)

GOODLUCK GUYSSS ! xoxo

Thursday, October 27, 2011

" Resipi 'SINGLE' " : Kek batik


Hyee !! ^_^ ( ingat cumel ?)

okayy, mulai saat ini, detik ini, jam ini dan ini cokelat celup, celup celup. hahaha , okay tak lawak. Setiap entry yg ada "Resipi 'SINGLE' " bermaksud entry resipi yg aku nak share ngn korg. Kiranya macam aku tgh feeling-feeling chef wan skrg ini. Tgh berjinak2 nak memasak, so apa segala masakan yg aku cuba aku nak share ngn korg :D hihi

TETAPI ! ENTRY INI UNTUK GOLONGAN YG TAK TAU MASAK MCM AKU JE TAU ! AGAK2 KAU PANDAI MASAK, SILA JANGAN TRUSKAN MEMBACA, KERANA INI BAKAL MEMALUKAN AKU, SEKIAN. -_-'

Hari selasa lepas, 25 Oct 2011 aku dgn mc.mcflurry plan nak kuar jap. so aku pun okayy laaa. Aku pun tgh tak sehat, mana la tau jumpa dia trus hilang penyakit kaaaaaann. haha. karut ! kalo kau tak makan ubat, tgk ubat mcm tgk racun macam mane nak baik ! Leeya.. leeya.

So aku plan nak masakkan dia pape laahh. Nak masak nasi lemak mmg tak dapat lah kan, haha. Aku nak masak simple2 je, so aku aku decide buat kek batik jelaaaa. Bahan pun tak susah. Sume ada kat dapur. Gigih okaaayyyy bgun pagi2 buat kek batik ;p

Bahan-bahannya ialahhhhh :

- Biskut Marie (suka hati korg la nak berapa banyak)

- setengah buku buttercup

- 2 biji telur

- 1/2 cawan koko

- 1 cawan milo

- 1 cawan air

- satu tin susu cair ( separuh pun bule )

- satu cawan gula halus

Cara memasaknya :

(biskut Marie tu patah2 kan tau)

1) Panaskan kuali

2) masukkan semua bahan td kecuali biskut Marie

3) Cairkan semua bahan2 tersebut dengan api yg kecil

4) Bila dah pekat, tutup api, masukkan biskut marie dan gaul sehingga sebati.

5) Akhir sekali masukkan dlm loyang dan mampatkan. Tekan2 sikit bg dia padat.

Nak lagi sedap, masukkan dalam peti ais. Dah keras nnti, baru makan. Lagi sedaaap :)

so sng tak ? senang kaaaaaaaaaaaaan ? Budak sekolah rendah pun bule buat agaknya ;p So kalu korang nak cuba Selamat mencuba, Kalo nak lebih yakin, try tgk kat you tube. Aku pun banyak refer kat situ. hihihi.
.
.
.
.
.


Tadaaaaa ! hihi comot sikit, maaf !
.
.
.
.



Ni da potong2, nak bg Mr.mcflurry ! hikhik
.

.
.
.
.


Cumel tak kek batik saya ? *buat muka kucing


SELAMAT MENCUBA !

THANK YOU FOR READINGGGG


p/s : kalo korg ada resipi yg sng2, share la dgn aku tau tau :)


leeya azliyah, xoxo