Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 5, 2011

manusia

aku seorang manusia yg sgt sensitif, mudah tersentuh bila nmpk kesusahan org lain, cerewet kadang2, cepat down, selalu rasa diri ini tk bagus mcm org lain, selalu rasa kehidupan org lain jauh lebih baik dr aku dan cepat rasa bersalah.

manusia. allah jadikan dengan pelbagai rupa, berbeza sikap, nasib yg berbeza-beza dan sebagainya. Apa segala yg allah berikan, kurniakan, jadikan dah sememangnya terbaik untuk kita. cume kita kadangkala rasa Allah tak adil dengan kita. pikir balik okay ? pikir sebaliknyaaa. allah tu maha mengetahui dan maha adil. allah tahu apa terbaik untuk kitaaa. jgn banyak merungut ! :)

apa yang aku cuba sampaikan nii ? :D

mcm ni ceritanya. hehe. tadi lepas makan malam aku lepak dlm bilik. online FB kejapp. saje bosaaan. da bosan ber-Fb kuar la bilik japp. tgk mama ngn ayah buat ape. tgk mama dengan begitu kusyukknyaa tgk tv. so aku pon join dua kaki nak tgk apa bestnyaaa. Ohhh mama tgk semanis kurma :) haha. jgn kata korg tak tau tu rancangan ape! aku tk pasti tajuk ape hari ni, sbb aku tak tgk dr mula. ape yg aku pasti, tetamu undangan terdiri daripada seorang wanita yg mempunyai seramai 50 orang anak ! tolong percaya . terdiri daripada kanak2 yg mempunyai HIV. bg aku, cukup mulia wanita ini. sedangkan manusia2 lain takot nak dekat maah ada yg pandang hina dekat peskit hiv tp wanita ni sanggup menjaga 50 org. 50 org okayy ! bukan 5. bayangkan ;) aku kagum.

tetamu kedua seorang wanita yg dikurniakan seorang anak yg cacat. tak pasti skt ape, sbb.... ye tau pun ! sbb aku tak tgk dr mula ! rugii betollah. kan ? suami dia sanggup tinggalkan dia sbb dpat anak cacat. kejam kan ? tp wanita ni ttp sabar jaga anak dia tnpa seorang suami. anak dia dah setahun lebih. difahamkan suami dia dah kawin lain. kejam kan ? haihh. lagi sekali aku kagum dengan dia. sabar menghadapi dugaan dr allah :)

tetamu ketiga seorang pakar motivasi barangkali. tk ppn doktor. tk pon kaunselor. lagi sekali aku tak pasti. sorrryyyy . hehehe. tp yg pasti aku suka perumpaamaan yg dia bg kat kita sebagai seorang manusia. perumpaannya berbunyiii. *drum pleaseeee.. okay gurau :)

manusia ni diibaratkan seperti : ada tiga bekas yg berisi air panas. bekas yg pertama mengandungi carrot. bekas kedua telur. dan bekas ketigaa biji kopi.

air panas itu adalah musibah

bekas pertama : carrot secara luarannya nmpk keras, kuat. tp apabila dimasukkan kedalam air panas, automatically dia akan jd lembut @ lembik. kan ?

maksud : ada manusia yg secara luarannya kuat. kasar. hati kering. tp bila musibah atau dugaan dtg, terus lemah. tk mmpu untuk menghadapinyaaa.

bekas kedua : telur. telur mcm biasa laaa kalo kita baling ke, hentak sikit dah pecah. tapi bila dimasukkan dalam air panas dia terus jadi keras, kuat. bule dimakan, yummyy :) hihi.

maksud : seseorang yg secara luaran nmpk lemah, lembut. tp apabila dikenakan dugaan, dia mmpu menghadapi dengan cekal. tak berputus asa.

bekas ketiga : biji kopi. biji kopi ni nmpk biasa, kecik. tp bila dimasukkan ke dalam air panas, dia mmpu mengubah warna air panas tersebut . kan kan ? ada bau harumm lagi . letak gula sikit, dah bule minum. hihi

maksud : seorang manusia yg apabila diturunkan musibah kepadanya, terima dengan hati terbuka. dan mmpu mengubah sesuatu musibah tu kepada sesuatu yg baik. :)

anda diibaratkan seperti bekas yg mana ? hehe
semua manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan. lain org, lain dugaannya. antara kita mmpu atau tak je nak hadapinya. kan ? ada sebab kenapa allah uji kita. ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. jgn mudah berptus asa. allah kan ada :) sentiasa minta pertolongan dan petunjuk dr allah. itu cara terbaik. bukan lari dr masalah.

aku harap aku dapat jd seperti bekas yg ketiga. wapau apa pun dugaan yg datang, aku mmpu mengahadapi. Insyaallah. semoga allah kuatkan semangat aku. dan orng yg tgh baca entry ni jugak :) yeee awak laahh. awak ! yg tgh baca sekarang ni. haha.


leeya azliyah, xoxo
I love Islam :)






6 comments:

kambing kerbau said...

aku bekas num 3 jgk ahhaha
atiqah kan hebat ahahah

NiaSuhaimi said...

like this entry damn much!

Leeya Azliyah said...

thank youu dania :)

Leeya Azliyah said...

atiqah : ye atiqah ! kaw paling hebat .:) HAHA

yasminrosalan said...

lovethis <3 ;)

Leeya Azliyah said...

thank youu yasmin rosalan :)