Wednesday, October 26, 2011

Nasihat dr Dato' Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum.

Bersama dengan saya, Leeya azliyah di dalam rancangan SELAMI JIWA. Isu yg akan diketengahkan pada hari ini adalah isu kahwin lambat. Sapa kat sini tak kawin lagi ? Angkat laptop :D

Cewahh, feeling-feeling pengacara tv di petang hari. hihi

p/s : ENTRY NI SESUAI UNTUK ORG YG BELUM KAHWIN @ SEDANG MENCARI JODOH :D

Tadi smbil makan kek batik ( buat sendiri okayyyy !) *motif ? , bukak la tv. Cari rancangan apa yg best untuk ditonton. Kejap tgk Mtv, kejap tgk channel E, kejap tgk astro ria, kejap tv3. Bak kata mama, kalo dah remote tu smpai kat tangan aku, mmg tggu masa je TV tu meletop. Dok tukar chanel memanjang. haha

Okay fineeeeeeeee, dah kne mara aku tgk la kat info chanel apa yg ada cite best, astro prima ada dato' fadzilah kamsah. Tanpa berfikir panjang, terus tekan. Tadaaaa, muka Dato yg hensem terpampang dlm rancangan Selami Jiwa. Isu dia best, pasal kahwin lambat.. mmg kne dgn aku yg feeling-feeling kejap berangan nak kawin awl, kejap rasa mcm tanak kahwin langsung. Papetah kan -_-

Panel jemputan dia, azwan ali dgn sorg perempuan. Azwan ali ? dah tada org lain ke nak jemput ? Punya laa ramai artis Malaysia yg tak kawen lagi kan. Jemput laa Anuar zain ke kan. Lagi aku feeling nak tgk . eh ?

Dah laaa, melalut je ! Lantak laa sape pun artis jemputan dia, janji mesej yg nak disampaikan tu smpai kat penonton. Kan ? Cakap pasal kahwin, cakap pasal jodoh. Dato' ada bg sikit tips/ nasihat supaya kita dapat jodoh yg baik.

1) Jangan mempersempitkan doa kita.
"Ya Allah ya tuhanku, semoga (nama bf korg) adalah jodoh terbaik aku"

Mesti ramai yg selalu berdoa mcm ni kan ? sbb aku pun pernah. haha. tp sebenanya cara berdoa mcm ni kurang tepat. cara sepatutnya mcm ni :

"Ya Allah ya tuhanku, temukan lah aku, dekatkanlah aku dengan dengan lelaki/perempuan yg terbaik untuk diriku. Sesungguhnya hanya Engkau yg tahu apa yg terbaik untuk diriku"

2) Pergi tempat yg baik2
Contohnya :
Kalo kita selalu pergi masjid, Insyaallah jodoh kita juga mungkin seorang yg selalu pg majid

Kalo kita selalu pg tempat tak baik, mungkin jodoh kita juga seorang yg selalu pg tmpat tak baiklah kan.

So, elakkan dr pg tmpat yg tak baik.

3) Restu ibu bapa
Restu ibu bapa sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat penting. kalo tak dapat restu, mesti hubungan tu tak kemana.


4) Bersihkan Hati
Okayyy yg ni sangat menarik perhatian aku, sbb jarang org cakap pasal ni bila bercakap mengenai soal jodoh (skema nya). Dato' cakap , kalo hati kita tak bersih, orang susah nak syg kita. Mungkin kita ni baik, sopan dan sbagainya lah kan tapi kita ada benci atau berdendam dekat seseorang. Mungkin dua org atau tiga org. Eh lantak lah bape org pun, tapi ada sifat tu dalam hati kita so bnda tu buat org susah nak syg kita. Kalo nak org mudah syg kita bersihkan hati. Sebelum tdo, maafkan lah semua org. Bila maafkan semua org, hati kita pun tenang, org pun syg ;p
.
.
.

Ha tu laaa antara nasihat2 dari Dato' Fadzilah Kamsah. Tapi bg aku sng je. Mmg kalo kita putus cinta kita mesti ada perasaan sedih, marah, tak puas hati, kita dah sacrifice everything knpa bule putus jugak . Sbb dia sng je, Allah tak izinkan. Mesti ada sbb. Allah kan Maha mengetahui. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Jangan terlalu sedih smpai tak bule nak kawal perasaan sendiri, smpai lupa Allah, tu yg trus pg cari bangunan tinggi2 nak terjun. Tak gayat ke dik tinggi2 ? Seraaaaaaaaaaaaam !

Ingat , jangan cepat putus asa. Allah tak suka org yg cepat putus asa. Syaitan suka dekat dengan org yg cepat putus asa. So kau nak kawan dengan syaitan ? Kalo tanakJANGAN cpt give up okayy. Stay strong ! :)

Thank you fr reading !

p/s : Teringin nak jdi pakar motivasi . HAHAHAAHAHAHAHA * motivate urself first leeya !
.
.
.
.





"hello, bule cakap dgn dato' Fadzilah Kamsah?"

HAHAHAHA

*mampos aku kalo Mr.mcflurry tgk ni.
suka hati aku je nak guna2 gambar dia buat dialog mcm tu.

leeya azliyah, xoxo


2 comments:

wzfatinaimanwz said...

renung2kan dan selamat beramal. hehe.

Leeya Azliyah said...

haha betul tu ustazah. eh ? salahh, teacher :D