Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 4, 2011

Menangis ;')

Motif letak pic ni ?
bajet mata aku color purple ?
mata aku hazel lah :D haha tadala
motif letak pic ni
sbb nak ckp pasal air mata lahh
takan air sirap pulak kan kan kan kan OKAY DAH !
nak ckp psal menangis.

aku nak buat pengakuan. yg aku dah putus. ye DAH PUTUS. bukan putus hubungan tp putuskan yang aku nak bg tau satu rahsia. amboiiiii bukan main suka kalo dgr bab2 putus ni :) OH ye aku masih bersama Mr. Mcflurry :D *tetibe. HAHA . Rahsianya ialah aku kuat menangis. senang menangis. bila bila je aku bole nangis. cuma korang mungkin tak pernah tgk aku menangis, takan dapat tgk aku menangis and mungkin jugak tak percaya aku kuat nangis. hakikatnya YA AKU KUAT MENANGIS. tp aku susah nak nangis depan org. maluuuuuu :D hihi

TETAPI, TAHUKAH ANDA MENANGIS MEMBAWA KEBAIKAN ?

Jawab ye atau tidak dan hantarkan ke 32211. Okay merepek :)
ye, menangis ada kebaikan dia. bukan satu kebaikan, bukan dua, bukan tiga juga tetapi tujuh kebaikan. hebat kan kan ? kalo tak caya try lah search kat google. gunakan sikit teknologi yg kita ada. amboi bukan main :D so kat bawah ni antara kebaikan menangis :)

1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

Haaaaa hebatkan ? so jangan takot takot, jangan segan segan, jangan rasa menangis ni merupakan satu kelemahan kita. tak semua org suka meluahkan perasaan dkt org lain. lebih suka pendam. jadi dengan cara menangis lah kita dapat melegakan sedikit perasaan kita. bukan kne bayar pon menangis kan ? hehe. Untuk lelaki, tak perlu rasa menangis menjatuhkan meruah lah, tak cukup lelaki lah dan bla bla bla. cmon, korang pon manusia kan? ada hati dan perasaan. perlu apa menangis kadang2. tapi tak payah lah nangis meraung2 kat tepi jalan sbb kne tinggal awk pulak. mmg mintak lempang. berpada pada sikitt nangis :) hehe. so selamat menangis korang :) heheh


leeya azliyah, xoxo

:')

*tetibe

HAHA



No comments: