Friday, November 4, 2011

Anak tunggal


Setiap kali aku jumpa org baru, kawan baru , sesapa lah yg baru 1st time jumpa aku mesti soalan fav dorg "best tak jadi anak tunggal". Jawapan aku selalu bg, bolehlah.

"bolehlah" ni bule dikategorikan kepada beberapa tafsiran :

1) Mmg best jadi anak tunggal
2) Tadala best sgt
3) Ada bnda yg best ada bnda yg tak best.

So bila aku bg jawapan "bolehlah" mesti solan seterusnya yg diutarakan kat aku "mesti anak manja ni ?"

-_-'

hihihi
------------------------------------------------------------------------------------
PART YANG BEST !

Okay, Aku sebagai wakil anak2 tunggal sedunia, meh sini aku nak cita sikit pasal life anak tunggal , haha. Best jadi anak tunggal. Mmg best sbb kau tak payah nak share barang dgn sesapa. Barang kau, kau punya. Tada sapa nak kacau, tada sapa nak sibuk2 pakai. Pastu kan bilik tu kau punya sorg. Kau nak melalak ke, kau nak feeling2 tyra bank depan cermin ke, kau nak poco2 dlm bilik ke, lantaklah. Sbb dlm bilik tu kau sorg je. Tada sapa nak tgk. best kan ? :) So sbb tu la, kalo korg perasan sapa yg anak tunggal mesti dia ada satu sifat mcm susah sikit nak share barang dgn org ? perasan tak perasan tak ? hihi. korg jangan la kutuk2, dah dia mmg biasa hdop mcm tu. Cuba paham :) hihi

Bila kau naik kete, dah sah2 la kan kat dlm kete tu tiga org je. Kau, mak kau, ayah kau. Ayah drive, mak dok tepi, kau kat blakang ? siap bule baring2 lagi haaaaa, kuak lentang bagai. suka hati kau lah . Dah kau sorg je kan kat blakang tu *ni kalo kau tada bibik la, mcm aku . Hoho ! Selesaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

Pastu pg shopping. okay yg ni org salu ckp kat aku . "best nya jdi anak tunggal ! Kalo mintak pape mesti dapat kan, yelaaa anak sorg". Okay yg ni tak bule dinafikan. Mmg selalunya apa kau mintak akan dapat. Tapi tgk jugak laaa apa yg kau mintak. Macam aku, ayah ngn mama aku jenis yg tak semua aku bule dapat. Kalo bnda tu tak penting sgt untuk aku, dorg takan belikan. Kalo aku gigih nak sgt, aku kne kumpul duit sendri pastu g beli sndri. Tapi ada jugak anak tunggal kat luar sana yg jenis family ala2 Donald Trump , mmg sah2 laaa apa kau mintak akan dapat. Tadahallah !

Pastu bila kau nak buat apa2, mak ayah kau mesti bagi sokongan padu habis kat kau, yela, sbb kau sorg je anak yg dia ada. So kau jela harapan nusa bangsa mereka. Masa tu, kau mulaaa la feeling2 Angkasawan negara bila rakyat semua sokong kau, kau la satu2 harapan negara. kau mesti bangga kan. hahaha. mcm tu laa lebih kurang. Kira sokongan tu mmg khas untuk kau sorg, takan ada org lain dah. Tapi alaa, kalo adik beradik ramai pun mesti parents ttp support anak dia jugak an.

Time rayaaaaaaaaaaaa !! ha ni part aku suka. hahaha. Bila raya mesti dapat duit raya kan ? Pastu da sah2 laaa berlumba2 sapa punya duit raya paling banyak. Meh sini aku bg tau rahsia. Bila kau anak sorg, kau mesti dapat duit raya lebih sikit dr makcik2 kau ke pakcik kau ke. HAHAHAHA, *mati la aku kalo cousin2 aku baca ;p Sbb bila anak ramai, da sah2 la nak kne bg duit raya kat semua anak kan, pastu kne la fair, Takan yg sulung kau bg RM5 yg lain2 RM3 je, mesti la kne fair kan, kalo tak mmg aduan rakyat diutarakan la kat parents masing2.Contoh la kan, org tu dah peruntukan RM50 untuk satu family. Kalo adik beradik kau 5 orang, kau kne la bahagi 5 Rm50 tu. Tapi kalo kau anak tunggal, RM50 tu ? hihi hoho huhu ;p

Tapi korg tak yah la nak jealous ngn aku, sbb aku dah 20 TAHUN! tak dapat dah duit raya T_T huwaaaaaaaaaaaa, nak jadik kecik balik, nak duit raya banyak2 ;p

mengada kan ?

------------------------------------------------------------------------------------------------
PART TAK BEST !

Bila kau dah biasa jadi anak tunggal, kau akan ada satu sifat suka pendam perasaan. Bila kau ada masalah kau susah nak share ngn org. Sbb apa jadi mcm ni ? sbb kau tada adik beradik lain yg bule kongsi masalah. Aku sbnanya teringin jugak kadang2 nak ada abg , kakak, adik, so kau bule share apa kau rasa. Takan la kau nak share masalah kau ngn bf ke gf ke ngn parents kau kan ? nak makan lesung batu ? nak share ngn kawan? tak semua bnda kau bule share ngn kawan. Tang ni aku sedih sikit. Aku banyak pendam smpai tension. ok dah.

Sunyi sbnanya kadang2. Yelaaaa, dlm umah ada kau, mak kau, ayah kau. Kalo mak ngn ayah kau tada kau sorg2 je kat umah. Pastu org lain selalu kuar shopping ngn kakak dia lah, abg dia lah, adik dia lah. Tapi kalo kau anak tunggal ? Hmmmm sunyi sbnya. aku pun teringin jugak nk rasa mcm mana gado dgn adik beradik ni . hihi

Sensitip sikit. Sbb kau tak biasa kne maki , gado ngn adik beradik, dah biasa hdop aman damai kat umah so sekali bila kau kne dgn kawan2 kau, sentap ! hahaha. Tapi tak semua anak tunggal sensitip. Ada je hati kering, mcam kawan aku yg sorg tu haaa. Anis bukan nama sbnar. HAHAHA.


Satu satunya harapan bangsa. Mmg best feeling2 Angkasawan tu, tapi cuba bayangkan kalau kau tak berjaya. Parents kau mesti down gila. Dah laaa kau sorg je anak yg dorg ada, sapa lagi yg dorg nak harapkan. So bila kau tak jadi mcm apa yg dorg harapkan mesti la dorg sedih kan ? haaa so besar sebenarnya tanggungjawab anak tunggal ni. Ingat sng ke ?? Aku risau kalo bab2 exam ni . Risau sgt. Aku takut result tak mmpu nak buat parents aku bangga dgn aku . Aku snggup buat apa je janji mama ngn ayah happy ;') Alhamdulillah sepanjang result sem 1, 2, 3, 4, dan 5 mmpu buat mama ngn ayah tersenyum.

.
.
.
.
.
.
sebenarnya, aku dalam keadaan mood yg sgt down dan sentisif skrg ni. Banyak bnda aku tgh pikir. Tension snbrnyaaaa *lap air mata.

Kesimpulannya, ada org adik beradik ramai teringin nak jadi anak tunggal, ada yg anak tunggal teringin nak ada adik beradik. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, Mesti ada sbb knpa Allah bg kau adik beradik ramai atau anak tunggal. So chill lah kan . hihi *pujuk diri sendiri -_-'


Hm doakan aku supaya jadi anak yg baik, dapat balas jasa mama ngn ayah aku, dan berjaya di dunia dan akhirat okay. hihi. Semoga korg berjaya di dunia dan di akhirat juga, Amin :)


THANK YOU FR READINGGG

leeya azliyah, xoxo
















9 comments:

scrumhalf said...

Bersyukur jela ekk.. sume tu takdir Allah.. ^^

yasminrosalan said...

mak ai untungnyaa dia ^__^

Leeya Azliyah said...

apa yg bestnya cik min ? hihi

nuamar_esa said...

anis bukan nama sbnr. klas !

hahaha hi-5 sikit kita anak2 tunggal sedunia oii !

Leeya Azliyah said...

huyyyoooo anis maressa baca blog aku ! haha hi-5 weyh ! :D

Juliet_iRa~" said...

heee..anak tunggal rupanya..:D

salam aidiladha..:D

psss : jom join my GA! dpt ole2 CAMERON tau!:p

Leeya Azliyah said...

hehe, salam aidiladha :)

K-da Kekda said...

bru taw u the only child!haha..
slama kte satu skul,never know rite..xpe leeya..de kbaikn n kburukn nye..just enjoy ur life k..:)

Leeya Azliyah said...

kda : haha haah leeya anak tunggal. hihi thank you kda :D