Wednesday, November 2, 2011

Apam polka dot :)

*i loveeeeeee polka dot ;p
---------------------------------------------------------------------------------

Okay entry kali ni feeling-feeling chef jaafar on plak.

Kau tau tak feeling-feeling chef jaafar on ni mcm mana ? Haa mcm aku. Semangat nak buat kuih laaa, kek laaa, muffin laaa, cupcakes laaa mcm2 laaa. Semangat tu ada, buat nya paling reti! So dah tau tak reti tu, apa lagi , dengan semangat yg kental, dengan berbekalkan kelajuan streamyx yg ada, trussssssss search mcm mana nak buat apam polka dot.

Kenapa mesti apam polka dot ? Kenapa tak kuih semprit ke donut ke ?
Sbb polka dot cumel. okay dah.

Gigih aku menelaah resepi apam polka dot ni kat Internet. 3hari 3 mlm okay! Kalah org nak amik exam. Sbb aku takut buat2 nnti tak jadik, takut bantat. Nak buat apam ni bukan bule sebijik dua bijik, mau kauuu 50 bijik sekali. Kalau dah limapuluh2 bijik tu bantat sapa nak makan ?! Takan nak suh mama ngn ayah aku makan plak, agak derhaka disitu ! hihi.

so setelahh menelaah , ilmu dah cukup didada (kononnya!) aku pun teeeeraaaaaaaii laaa buat.
.
.
.
.
.
.
.
.



Okay yg ni sebelum kukus. cumel tak ? :D

SELEPAS KUKUS
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaaa ! HAHA.. * kemain besar lagi gambar !
------------------------------------------------------------------------------
Cara nak buat dia tak susah mana pun.

Bahan-bahannya ialah :

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
*filling ikut citarasa korang, yang aku buat ni filling blueberry :)
*pewarna pun ikut citarasa korang jugak :)

Cara-caranya :

1) Pukul telur sehingga kembang elok
2) Lepas tu masukkan ovelette dan esen vanilla, pukul smpai kembang lagi
3) Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi lagi dan lagi . hikhik ;p
4) Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu.
5) Bahagikan adunan kepada 2 pastu titiskan warna yg korg pilih tu.
6) Masukkan setiap adunan yg dah berwarna dlm piping bag atau plastik bersih.
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8)Letak filling , pastu picit lagi adunan smpai penuh mangkuk kertas.
9) pastu atas dia buat la dot2. Korang nak buat bentuk ladybird ke, burung ke, love2 ke pun bule jugak. Ikot kreativiti dan tahap kerajinan korg :) hihi
10) Akhir sekali, kukus kan selama 10-15 minit.

Dah siaaaaaaaaaaaaapp, senang je kan ? :)

aku nak color biru sbnanya, tapiii pewarnan color biru da habis ! ;(

tapi kaaaan, ada sesapa tau tak mcm mana nak bg apam ni lagi gebu ?

sesapa tau, comment okay ? :)

SELAMAT MENCUBAAAA

&

THANK YOU FR READINGGGG


leeya azliyah, xoxo



9 comments:

yasminrosalan said...

ahad ni nak buat lah. macam sedappp je!! hehehe! makan apam polka dot raya haji ni :P

Leeya Azliyah said...

min : hehe buatlahhh ! Nnti leeya raya umah min ;p

en fizz said...

Lia, nak order ;)

Leeya Azliyah said...

en fizz : haha alaaa kita tak ambik order laaa. Ni pun first time buat ;p hihi. eh try la buat :) mana tau laaaaaaagi sedap :D

wzfatinaimanwz said...

ite pun suke polka dot. suke sangat. jum gimme me 5! hehe. nak buat jugak ahhhhhhh ! :)

azam said...

:)nampak menarik...jual la apa lagi

Leeya Azliyah said...

aten : yaiyyy five ! :) buat laaa, nnti post kat blog tau, tgk sapa punya lagi cumel ;p

azam : :D

en fizz said...

Lia bajet taknak kasi aku order. Lia bajet. kihkih. Lia takpayah la praktikal, nanti aku takde teman kat bilik. HAHA

Leeya Azliyah said...

kak pija : haha mmg ! mmg leeya bajet ! bajet cun ;p alaaaaa adik2 akk yg lain kan ada ;) lagi2 kakak akak yg sorg tu . hihi